Berilmu . Beramal . Berjasa
Akademi KPTI Al-Insaniah Malaysia merupakan sebuah pusat pembelajaran Islam yang telah ditubuhkan sejak tahun 1997. Kami menawarkan pelbagai kursus dalam bidang pengajian agama Islam secara atas talian (online) supaya dapat mengimbangi komitmen harian anda. Konsep pembelajaran separuh masa iaitu kelas pada hujung minggu secara bersemuka atau secara atas talian (online).
Sehingga kini kami telah melahirkan sekitar 5000 graduan dalam bidang agama Islam. Sertailah kami dan rasailah pengalaman pembelajaran yang luar biasa di bawah bimbingan tenaga pengajar yang unggul dan inspiratif.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dengan segala hormatnya, saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi KPTI Al Insaniah Malaysia. Kami amat berbangga dapat berkongsi dengan anda maklumat mengenai institusi pendidikan ini.
Di KPTI Al Insaniah, kami berpegang teguh kepada prinsip untuk menyediakan pendidikan yang holistik dan berlandaskan nilai-nilai Islam dengan kerjasama tenaga pengajar yang berpengalaman dan berwawasan. Kami berusaha untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah berakhlak mulia dan berintegriti tinggi.
Laman web ini dibangunkan untuk memberi anda maklumat yang komprehensif mengenai program-program pengajian yang ditawarkan, kemudahan-kemudahan yang disediakan, serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat pembelajaran kami ini. Saya berharap agar laman web ini dapat menjadi panduan yang berguna bagi anda dalam memahami lebih lanjut tentang KPTI Al Insaniah.
Saya menjemput anda untuk bersama-sama kami dalam mengejar ilmu dan kebaikan, serta berusaha untuk menjadi individu yang memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita dalam mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dr. Haji Mohd Hisham bin Surgi
Pengasas
KPTI Al Insaniah Malaysia