Akademi KPTI Al Insaniah Malaysia komited untuk menyediakan pelbagai kursus pengajian Islam yang komprehensif dan berprestij.
Dari Pengajian Islam dan Bahasa Arab hingga kursus-kursus khusus dalam bidang Syariah, Usuluddin, Dakwah dan sebagainya. Akademi KPTI Al Insaniah Malaysia menawarkan program yang dirancang khas untuk memenuhi keperluan pelajar yang ingin mendalami ilmu agama. Setiap kursus direka dengan teliti oleh barisan pensyarah yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan yang terbaik dan berkesan.
Sertai Akademi KPTI Al Insaniah dan kembangkan potensi anda dalam bidang pengajian Islam dengan sokongan daripada komuniti pembelajaran yang dinamik dan inspiratif.
Kursus ini memberikan asas pengetahuan tentang pelbagai aspek pengajian Islam, termasuk Fiqh, Aqidah, Hadith dan Tafsir.
Kursus ini sesuai untuk individu yang ingin mendalami ilmu agama dari sudut teori dan praktikal.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan asas dan kemahiran dalam Bahasa Arab, termasuk kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur.
Pelajar akan mempelajari tatabahasa dan struktur bahasa Arab, serta memperkaya kosa kata dan pemahaman teks-teks asas dalam bahasa tersebut.
Kursus ini memfokuskan kepada prinsip-prinsip asas dalam Aqidah dan pemahaman mendalam mengenai akidah Islam.
Pelajar akan mendalami topik-topik seperti Tauhid, Al-Quran dan Hadith serta cabang-cabang Usuluddin yang lain.
Kursus ini menawarkan pengetahuan mendalam mengenai undang-undang Islam (Syariah), meliputi aspek-aspek seperti Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah dan maqasid Syariah.
Ia sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang perundangan Islam.
Kursus ini menumpukan kepada pemahaman dan pengamalan ilmu-ilmu Fardhu Ain, termasuk ibadah harian, doa-doa dan adab-adab dalam kehidupan seharian.
Ia bertujuan untuk membimbing individu dalam menjalani kehidupan seharian yang berlandaskan ajaran Islam.
Kursus ini menekankan konsep-konsep psikologi dalam Islam dan bagaimana ia diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Pelajar akan mempelajari pendekatan psikologi berlandaskan nilai-nilai Islam dan kaedah-kaedah rawatan dari perspektif Islam.
Kursus ini merangkumi asas-asas perubatan dan kesihatan dari perspektif Islam, termasuk kaedah rawatan tradisional dan moden yang sesuai dengan syariat Islam.
Pelajar akan belajar mengenai prinsip-prinsip kesihatan yang digariskan dalam Islam.
Kursus ini menyediakan latihan dan pengetahuan kepada individu yang berminat menjadi mutawif atau pemandu ibadah Umrah dan Haji.
Pelajar akan mempelajari prosedur-prosedur pelaksanaan ibadah dan panduan kepada jemaah.
Kursus ini memberikan pengetahuan berdasarkan 2 sumber utama dalam Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menekankan penguasaan dalam membaca, memahami dan mengaplikasikan ajaran-ajaran Al-Quran dan Hadis dalam kehidupan seharian.
Pelajar akan dibimbing untuk memastikan mereka mendapat pemahaman yang holistik dan komprehensif tentang ajaran-ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Kursus pengajian yang bertujuan untuk mempelajari dan mendalami kemahiran membaca Al-Quran dengan betul serta menguasai ilmu Tajwid.
Program ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin memperdalam ilmu bacaan Al-Quran dan menguasai ilmu Tajwid untuk membaca dengan lebih baik.
Kursus pengajian yang bertujuan untuk memperdalam seni bacaan Al-Quran dengan menggunakan irama dan lagu (taranum) yang indah dan tertib.
Program ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin meningkatkan keindahan dan kekhusyukan dalam bacaan Al-Quran melalui taranum yang diwariskan secara turun temurun.
Kitab ini dianggap warisan penting dalam memastikan kesinambungan ilmu Islam yang autentik. Kursus ini membantu pelajar memahami kaedah klasik dalam berfikir, berijtihad dan menghargai karya ilmiah terdahulu.
Program ini sesuai bagi mereka ini mempelajari kitab warisan dan terkenal merangkumi bidang seperti fiqh, tauhid, tafsir, hadis, akhlak, usul fiqh, mantiq (logik), nahu (tatabahasa Arab) dan banyak lagi.